Erling Haaland
Erling Haaland

Erling Haaland

Erling Braut Haaland (lahir 21 Julai 2000) ialah pemain bola sepak profesional Norway yang bermain sebagai penyerang bagi Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris dan pasukan kebangsaan Norway. Dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia, beliau terkenal dengan kemahiran atletik, kepantasan dan gaya penyudahannya.Melalui sistem remaja, Haaland bermain dalam peringkat senior untuk pasukan simpanan dan senior Bryne. Beliau berpindah ke Molde pada 2017 (juga bermain bagi pasukan simpanan mereka), selama dua musim. Haaland menandatangani kontrak dengan kelab Bundesliga Austria, Red Bull Salzburg pada Januari 2019, memenangi dua kejuaraan liga dan satu Piala Austria. Pada Disember 2019, dia berpindah ke kelab Bundesliga Jerman Borussia Dortmund, di mana beliau memenangi DFB-Pokal pada 2020–21.Haaland memenangi beberapa anugerah individu dan memecahkan pelbagai rekod sepanjang kariernya. Dalam musim 2019–20 bersama Salzburg, beliau menjadi remaja pertama yang menjaringkan gol dalam lima perlawanan Liga Juara-Juara UEFA berturut-turut. Beliau adalah penjaring terbanyak Liga Juara pada musim berikutnya. Pada 2020, Haaland memenangi anugerah Orang Emas, manakala pada 2021 beliau dinamakan sebagai Pemain Terbaik Musim Bundesliga dan dimasukkan dalam FIFA FIFPro World11 pada 2021.Haaland telah mewakili Norway dalam pelbagai peringkat belia. Dalam Piala Dunia B-20 FIFA 2019, beliau memenangi Kasut Emas kejohanan itu, selepas menjaringkan rekod sembilan gol dalam satu perlawanan. Beliau membuat penampilan sulung antarabangsa seniornya pada September 2019.

Rujukan

WikiPedia: Erling Haaland http://en.uefa.com/teamsandplayers/players/player=... http://nettavisen.no/artikkel/3423560463 https://www.90min.com/in/posts/6560333-stunning-re... https://www.bbc.com/sport/football/49885026 https://www.bundesliga.com/en/bundesliga/news/elri... https://www.mancity.com/citytv/mens/inside-city-39... https://www.mancity.com/players/erling-haaland https://d-nb.info/gnd/1210603934 https://authority.bibsys.no/authority/rest/authori... https://www.dagbladet.no/sport/derfor-byttet-han-f...